Tempoh akses premium adalah selama 90 hari (3 bulan), tetapi kami memberikan tambahan 10 hari secara automatik sebagai pampasan awal sekiranya berlaku gangguan teknikal dari pihak kami.
Oleh itu, tiada penambahan masa akses secara manual akan diberikan kerana pampasan telah disediakan lebih awal.
Akaun premium akan diaktifkan selepas bukti pembayaran disahkan oleh admin (dalam masa maksimum 24 jam).
Tempoh premium termasuk pampasan awal selama 10 hari, maka tiada bayaran balik atau lanjutan manual akan diberikan walaupun berlaku isu teknikal dari pihak kami.
Jika berlaku isu dari pihak Telegram, seperti gangguan server atau API, tiada bayaran balik kerana itu di luar kawalan kami.
Contoh isu: akaun disekat, bot diban, atau servis Telegram terganggu.
Jika anda tersilap membuat bayaran lebih dari sekali, hubungi kami segera dengan bukti lengkap bagi kedua-dua transaksi.
Setelah disahkan, kami akan pulangkan bayaran lebihan dalam masa 1–3 hari. Tanpa bukti, kami berhak untuk menolak permintaan ini.
Akaun premium hanya untuk penggunaan peribadi. Tidak dibenarkan berkongsi akses. Akaun yang disalah guna boleh digantung tanpa notis dan tanpa bayaran balik.
Pihak admin berhak mengubah ciri atau harga pada bila-bila masa tanpa notis awal.
Pengguna premium layak menerima sokongan keutamaan dalam waktu operasi yang ditetapkan.
Sebarang pelanggaran terhadap mana-mana terma boleh menyebabkan akaun dibatalkan tanpa bayaran dikembalikan.
Kami tidak bertanggungjawab atas:
Tiada bayaran balik akan diberikan untuk isu seperti ini.
Masalah mungkin berlaku kerana gangguan pada penyedia infrastruktur seperti:
Kami akan cuba minimumkan gangguan dan maklumkan kepada pengguna. Tiada bayaran balik untuk isu ini, dan tiada pampasan masa tambahan akan diberikan kerana 10 hari telah disediakan lebih awal untuk menampung situasi seperti ini.
Sila semak Dasar Privasi kami untuk maklumat lanjut tentang data yang kami simpan dan cara ia digunakan.
Kami menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk urusan pembayaran. Semua transaksi tertakluk kepada dasar privasi penyedia masing-masing.
Kami tidak menyimpan sebarang maklumat pembayaran sensitif seperti nombor kad atau akaun bank.
Sila semak dasar privasi mereka di sini:
Dengan membuat pembayaran, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma dan syarat di atas.
Jika ada soalan tentang pakej premium, sila hubungi kami melalui emel di [email protected].